hit counters

hanya Allah yang mengetahui :')

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, hari ini masih diberi peluang untuk menghirup udara di dunia ini *tarik nafas panjang2* okay kenapa dengan tajuk tu? hm okay actually semua manusia begitu kan? tapi In Shaa Allah bukan semua yang hanya ingat Allah pada waktu sukar mereka. In Shaa Allah.

as Fyqa, yes tiada yang sempurna hidup di dunia ini. dan dugaan yang Allah berikan kepada setiap manusia adalah berbeza. antara susah dan senang, terluka dan gembira, kehilangan dan kesengsaraan. semua itu hanya dari Allah. tapi setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. mungkin kebahagiaan tidak tercipta di dunia ini untuk kita. tapi In Shaa Allah, di atas sana Allah menyediakan kebahagiaan yang abadi untuk kita. Allahuakbar :')

dalam setiap cabaran dan dugaan yang kita tempuh, haruslah bersabar, berusaha dan bertawakal. Ya, Allah itu Maha Pemurah, Maha Penyayang, kerana itu Allah beri kita ujian untuk kita terus mengingatiNya. untuk beri kita pahala secara percuma, untuk beri kita tiket Syurga abadi, In Shaa Allah. dan untuk kita merasakan bahawa walau segetir mana pun keadaan yang mendatang, ketika tiada sesiapapun yang mendampingi kita, Allah itu sentiasa ada. sentiasa lapang untuk mendengar luahan kita, menemani hati yang rapuh kita dan sentiasa ada di mana jua kita berada. tanpa ragu, ketenangan yang kita lalui, Ya Allah besarnya Kekuasaanmu. besarnya KasihMu terhadap kami yang hina, kecil di hadapanMu.

Alhamdulillah setelah 5 bulan menyepi dari dunia blogging, akhirnya Fyqa berpeluang untuk berblog lagi :) this year Fyqa akan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). semoga semuanya mendoakan yang terbaik untuk Fyqa, In Shaa Allah. dan doakan Fyqa supaya dapat menghadapi ujian dari Allah S.W.T juga. In Shaa Allah, doa yang disedekahkan akan dibalas olehNya kelak. In Shaa Allah :')
terima kasih daun keladi . like la sekali :D

No comments:

Post a Comment

Fyqaa Vee belonging. Please respect.